ANGKARA SIHIR DAN KESANNYA
Sihir adalah perbuatan yang berkaitan dengan jin yang menyebabkan perubahan secara mendadak tanpa diketahui sebabnya.
Sihir juga merupakan perantaraan di antara tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan haram dan syirik di samping menyerahkan segala ketaatan kepadanya demi memperolehi bantuan dan pertolongan yang dihajatkan.
Terdapat pelbagai jenis sihir yang terjadi dalam masyarakat kita, antaranya seperti berikut:
1. SIHIR PEMISAH
Takrif dan pengertiannya:
- Memutuskan hubungan anak dan ibu.
- Memutuskan hubungan anak dan ayah.
- Memutuskan hubungan seseorang dengan saudaranya.
- Memutuskan hubungan seseorang dengan kawannya.
- Memutuskan hubungan antara dua rakan kongsi.
- Memisahkan antara suami dan isterinya.
Tanda-tanda sihir pemisah:
- Perubahan secara tiba-tiba dari sayang menjadi benci.
- Berlaku keraguan melampau antara suami isteri.
- Enggan memohon maaf.
- Membesar-besarkan perselisihan yang kecil.
- Suami melihat isterinya berwajah hodoh dan sebaliknya.
- Benci kepada setiap perbuatan yang dilakukan oleh pasangan.
2. ILMU GUNA-GUNA
Sihir ini juga dikenali sebagai Ilmu Pengasih atau Pemikat.
Tanda-tanda:
- Asamara cinta yang keterlaluan.
- Berubah secara spontan dari benci kepada suka.
- Cenderung melakukan hubungan seksual.
- Sukar mengawal cinta.
- Rindu bayang yang berlebihan.
- Patuh secara membuta tuli tanpa dapat dikawal.
- Mimpi bersetubuh dengan orang yang menyihirnya.
- Menjadi tumpuan orang ramai walaupun tidak seberapa (kedai).
Sebab-sebab:
- Timbulnya berbagai-bagai perselisihan antara suami isteri.
- Mencuba dan ingin tahu.
- Perasaan cemburu, cemas jika suaminya akan berkahwin lagi.
- Melakukan aniaya terhadap wanita yang pernah menghampanya.
- Melariskan peniagaan.
- Mendapatkan pengikut.
Kesan-kesannya:
- Adakalanya seorang suami akan menanggung sakit dalam jangka masa yang lama.
- Adakalanya kesan daripada sihir itu tersasar atau tersalah tuju sehingga suami membenci isterinya. Ini akibat daripada sesetegah tukang sihir yang tidak mahir menggunakan sihir tersebut.
- Adakalanya seorang isteri mengenakan sihir beberapa kali supaya suaminya hanya sayang kepadanya sehingga menyebabkan suami membenci ibu, saudara mara perempuan dan semua wanita yang ada hubungan kekeluargaan.
SIHIR YANG DIHALALKAN
Berhias dan mencantikkan diri di hadapan suami. Menjaga supaya suaminya tidak melihat sesuatu yang buruk darinya, tidak mencium bau yang tidak enak, selalu senyum manis, berkata baik, lembut, menjaga harta suami, menjaga anak-anak dengan kasih sayang, mentaatinya selagi tidak menyuruh perkara maksiat kepada Allah.
ada lagi selebihnya 7 jenis sihir...,
perbanyakkan membina pelindung diri..tetapi bukan melalui saka / jin ....hiasilah diri dengan alunan ayat suci al-quran...
kerana ape???
kerana masyarakat sekarang suka mengatakan sihir itu karut...dan apabila ia menyebut sebegitu..ia menempah neraka kerana dalam kitab al-quran allah menyebut sebanyak 60 kali mengenai sihir dan 82 kali allah menyebut jin...sihir dan jin bagi aur dengan tebing..mereka tidak dapat dipisahkan....
tanda haiwan itu adalah haiwan atau jin adalah :
1.jika ia ular...
.lihatla pada matanya ,apabila dia berkelip ..hah itu adalah jin,tp sekiranya dia tidak berkelip ,maka itulah makhluk allah bergelar ular....
.lihat pada tubuhnya...apabila ia jin sisik ular itu akan terbalik
.dan ia berwarna hitam maka , kamu halau la dia dengan kalimah yang pernah dilakukan iaitu dengan memperinagati jin itu dengan perjanjian yang pernah dibuat diantara jin dan nabi sulaiman a.s,
2.jika ia kucing...
.berwarna hitam...
.lihat pada matanya jika ia tidak berkelip..itu adalah jin..,jadi anda telah membela seekor jin maka halau lah ia dengan cara yang terbaik iatu dengan cara di atas atau mengazankan ...
semoga kita sentiasa mengharapkan yang terbaik oleh allah...,
kerana allah mengetahui apa yang terbaik buat hambanya....
walahu'alam...
|