September 29, 2015

Apa itu collagen?

Kolagen merupakan sejenis protein yang sangat diperlukan oleh tubuh badan untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit. Secara semulajadi, terdapat lebih kurang 30% kolagen di dalam tubuh badan kita dan ia terdapat dalam kulit, tulang dan juga gigi. 

Antara kepentingan kolagen:
  • Mengekalkan kelembapan dan mencegah kedutan - Kolagen merupakan komponen utama dalam kulit kita. Ia mempertingkatkan penghasilan sel-sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembut dan membuatkan kulit lebih bercahaya. Kolagen juga efektif untuk menghilangkan kedutan dan mencegah proses penuaan kulit.
  • Memulihkan masalah kulit - Apabila kolagen disuntikkan ke dalam kulit yang terluka, ia akan menstimulasikan pertumbuhan sel-sel kulit baru dan menyediakan perlindungan kepada kulit. Kolagen sangat efektif untuk memulihkan parut, pengecutan ephithelium, kedutan dan garis-garis halus.
  • Mencantik dan menyuburkan rambut - Nutrisi dalam kulit kepala sangat penting untuk memelihara kesihatan rambut. Kandungan kolagen dalam lapisan korium merupakan bekalan nutrisi kepada epidermis, rambut dan kuku. Kekurangan kolagen menyebabkan rambut kering dan bercabang, manakala kuku menjadi kusam dan mudah pecah.
  • Menegangkan payudara - Kesan kolagen untuk menegangkan payudara sudah pun diketahui umum. Payudara sebenarnya terbentuk oleh jaringan-jaringan penyambung dan kumpulan lemak yang berperanan sebagai penyokong bagi pembentukan payudara. Kolagen merupakan komponen utama dari jaringan-jaringan penyambung dan bertindak dengan protein polisakarida untuk membentuk satu jaringan yang kuat untuk menyokong dan menegangkan payudara.
  • Menguatkan tulang - Penyatuan kolagen yang secukupnya adalah penting untuk membentuk kerangka tulang yang kuat. Oleh itu,kolagen juga dikenali sebagai kerangka tulang. Masalah osteoporosis dan kekejangan kaki adalah berpunca darpadai kehilangan kolagen yang membentuk 80% daripada jumlah kepadatan tulang sedangkan kehilangan kalsium, magnesium dan fosforus hanya 20%. Pengambilan kalsium tambahan sebenarnya tidak dapat menangani masalah tersebut. Hanya dengan pengambilan kolagen yang mencukupi dapat mengembalikan kepadatan tulang yang normal, dan juga dapat memperlambatkan osteoporosis.
  • Mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi - Kolagen dapat merapatkan sel-sel dan mempercepatkan pembentukan sel-sel baru. Dengan fungsi ini, ia secara efektif dapat mencegah pengumpulan pigmen dan racun, membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi.
  • Melambatkan proses penuaan kulit - Seiring dengan peningkatan usia dan gaya hidup yang sibuk, kandungan kolagen dalam kulit akan semakin berkurangan dan kerana itu, kulit menjadi kering dan kusam. Pengambilan kolagen secara berterusan dapat membantu kulit untuk menyeimbangkan semula kolagen yang berkurangan. 

December 6, 2013

Anxiety Attack @ Panick Attack

Malam tadi aku diserang lagi denyutan jantung yg laju menyebabkan nafas ku rase pendek n x puas. dan dada terasa seperti berat..then hari ni ak ke klinik..doc kate ak ni terkena panick attack..humm..mungkin lah betol ckp doc tu sbb selama ni ak rase selalu takot n selalu berfikir bkn2 if duk rumah sensorg..mungkin juga tekanan perasaan ak yg terpaksa duk jauh ngn suami, dah masuk 3 thn duk jauh..huaaa...then ako gugel2 lah apa 'Panick Attack' ni..n spt biasa ku paste kn di bwh..hehe


Tanda-tanda anxiety attack

Apa itu Anxiety attack(Panic Attack)

Ia merupakan sebuah perasaan yang mana anda merasa risau memikirkan sesuatu yang akan terjadi terhadap diri sendiri dan juga mungkin kepada faktor lain juga.Apabila kerisauan semakin melampau ia akan menyebabkan ‘Anxiety Attack’ dan ada juga memanggilnya ‘Panic Attack’.Apabila serangan panik berlaku secara automatik jantung berdegup laju,kepala anda berasa pening, nafas semakin pendek dan rasa akan pengsan.

Pengenalan Anxiety@Panic Attack

Kebanyakan orang pada masa pertama kali terkena ‘Anxiety Attack’ tidak mengetahui itu adalah ‘Anxiety Attack’, sebaliknya mereka memikirkan yang mereka sedang diserang penyakit lain.Kebiasaannya mereka yang diserang Anxiety attack menganggap mereka sedang diserang sakit jantung kerana degup jantung menjadi semakin laju pada ketika itu.Kerana kurang pendedahan mengenai penyakit Anxiety attack, ianya menambah burukkan lagi keadaan kerana menambahkan lagi kerisauan yang sedang alami.

Antara simptom Anxiety Attack adalah:

  • Peningkatan degupan jantung.
  • Rasa menekan sekitar jantung.
  • Sakit bahagian dada.
  • Berpeluh pada anggota badan tertentu.
  • Merasa pijar kepanasan pada badan.(Kebiasaan pada belakang badan)
  • Merasa sukar bernafas(Pernafasan terasa pendek dan tidak puas)
  • Terasa pening dan terhuyung-hayang.
  • Merasa kebas pada anggota badan tertentu.
  • Merasa otot semaik lemah dan tak bermaya.
  • Merasa seolah tidak mampu untuk mengawal diri sendiri.
  • Merasa terawang-awang.(Mamai)
  • Merasa akan menjadi gila
  • Terasa loya dan sakit perut.
  • Rasa seolah-olah hendak membuang air besar/kecil.
  • Migrain.
  • Simptom Anxiety attack bukan setakat itu sahaja, anda mungkin akan mengalami rasa sakit-sakit badan, tekak atau mulut kering dan banyak lagi.

Penyebab Anxiety Attack

Anxiety Attack boleh berlaku pada sesiapa sahaja.Menurut kajian ianya mungkin disebabkan keturunan.Sekiranya ibu bapa pernah mengalami masalah ini, kemungkinan besar  anaknya juga mungkin boleh menghadapi Anxiety attack.

Antara sebab lain adalah disebabkan oleh tekanan perasaan yang sentiasa memikirkan sesuatu yang buruk akan berlaku terhadap diri sendiri.Selalunya merasa akan ditimpa penyakit berbahaya dan juga merasa akan mati.Ianya selalu terjadi kepada mereka yang memiliki personaliti sesorang yang sukar menerima sesuatu keadaan dan memerlukan sebab-sebab yang bagi mereka logik, dan barulah mereka boleh menerima keadaan itu.Disebabkan personaliti ini menyebabkan otak mereka sentiasa memikir dan tidak berhenti memikir dan ini menyebabkan Anxiety attack berlaku.

Perlu diketahui juga, anxiety attack boleh berulang-ulang.Selepas serangan pertama Anxiety attack berlaku, mereka akan mula hidup dalam ketakutan dan keresahan memikirkan keadaan yang menimpa diri mereka.Bagi mereka Anxtiety attack yang menyerang adalah suatu tanda penyakit yang berbahaya seperti tumor atau kanser tanpa mengetahui ianya hanyalah Anxiety attack sahaja.Disebabkan kerisaun ini menjadikan kerisauan yang baru pula terjadi dan menyebabkan serangan Anxiety attack sentiasa berulang-ulang.

Seseorang yang pernah diserang Anxiety attack juga kemungkinan akan mengalami Agrophobia iaitu ketakutan untuk keluar dari rumah.Mereka merasakan sekiranya mereka keluar dari rumah, mereka mungkin ditimpa kecelakaan seperti kemalangan jalan raya dan sebagainya.

Cara-cara mengurangkan kesan Anxiety Attack:

  • Bernafas secara perlahan dan teratur- Apabila kita mengalami Anxiety Attack, tanpa disedari penafasan kita tidak teratur dan tergesa-gesa.Tarik nafas dan lepaskan perlahan-lahan
  • Luahkan perasaan anda kepada orang yang boleh dipercayai.Dengan ini sekurang-kurangnya dapat meringankan rasa tekanan.
  • Minum air dengan secukupnya kerana semasa anda disrang Anxiety attack, anda telah berpeluh.Meminum air juga boleh memberi sedikit ketenangan.
  • Berzikir- Memang diketahui zikir dapat memberi ketenangan dan kekuatan.Selain itu juga berzikir juga dapat mengatur semula pernafasan kita.
More Info : Anxiety Disorder

November 29, 2013

Homefront 2013

Hoyeah..Malam tadi hajatnye nak tgk muvi Penanggal tp disebabkan masalah teknikal oleh mobile app GSC, terpaksa g beli tiket baru kt sana (GSC Pavillion), sbb seat yg dh dibook sebelom nih xdpt diunlocked..Hadoih..apa masalah pun tak tau..dah success deduct duit dr akaun ako die xnk kluakan barcode plak..hampes!!Bile pg report dkt staffnye, katanya sruh isi borang then dlm masa 2 minggu die akn refund blk duit..Hoii..kalo x dpt blk duit ako, i won't trust u again GSC mobile app!..Eh emo lagi..haha.. Okeylah, Homefront pon besh jgk..byk aksi yg besh2.. Mengisahkan seorang agent dgn anknya yg nak memulakan hidup baru di kampung tp diancam geng2 dadah yg bermotifkan dendam..



Release Date: 28 Nov 2013
Language:English
Subtitle: Chinese / Malay
Genre:Action
Running Time: 100 minutes
Director:Gary Fleder
Cast:Jason Statham, James Franco, Winona Ryder, Kate Bosworth
Synopsis:
HOMEFRONT stars Jason Statham as former drug enforcement agent, Phil Broker, a family man who moves off the grid with his daughter, to a seemingly quiet bayou backwater to escape his troubled past. However, Broker’s world soon becomes anything but quiet once he discovers that an underbelly of drugs and violence riddles the small town. Soon, a sociopathic methamphetamine kingpin, Gator Bodine (James Franco) puts Broker and his daughter in harm’s way forcing Broker back into action in order to save his family and the town. 

November 6, 2013

Escape Plan (2013)

Done watch Escape Plan!..Apa yg boleh ku katakan, movie ni mmg best..Macam ala2 Prison Break gitu..Sape yg suka tgk Prison Break mesti akan suka movie ni jgk...Movie yang mengisahkan Ray Breslin (Sylvester Stallone) yg merupakan pakar dalam structure dan keselamatan bangunan penjara.. Ray banyak menghabiskan masanya bertahun-tahun dalam penjara dengan menyamar as banduan untuk buat kajian mengenai structure, rutin harian pegawai penjara bagi menguji keselamatan penjara supaya takde banduan yg boleh meloloskan diri and macam2 lagilah kajian yg die buat untuk keluar dr penjara.. Satu hari, die dpt job utk menguji satu penjara but then, die dibawa ke satu penjara yg x diketahui lokasi secara rahsia.. Di situla bermulanya kisah Ray yg terpaksa buat mcm2 utk keluar dr penjara yg penuh dgn kekejaman n suspicious itu dgn bantuan Rottmayer (Arnold Schwarzenegger).. Jadi silalah ke cinema utk layan movie yg besh ini untuk mengetahui endingnya! hhehe..I'll give 9/10.. No regret.


November 4, 2013

Keputusan Final Piala Malaysia 2013

3 November, 2013..Pahang-Kelantan ; 1-0.. Tahniah Pahang..Walaupun kalah, Red Warrior tetap dalam hati ini..Masih ada peluang lagi merebut kedudukan thn depan..


November 1, 2013

Thor : The Dark World 2013

Hoyeah! Baru lepas tgk Thor semalam. Memang best lah. I'll give 9 out of 10. Seriously best. Tak rugi anda pegi tgk di wayang. Penuh dgn aksi gadoh2 and sedikit part yg kelaka2 especially bila Loki melawak dengan abangya Thor itu..haha.I loike.



THOR - THE DARK WORLD
PENGARAH: Alan Taylor 
MULA TAYANGAN: 31 Oktober 2013 
PELAKON: Chris Hemswoth dan Natalie Portman, Tom Hiddleston, Stellan Skarsgard, Idris Elba, Christopher Eccleston dan ramai lagi.


SINOPSIS THOR - THE DARK WORLD
Konflik filem ini bermula apabila munculnya sekumpulan kaum diketuai oleh Malekith yang tinggal di Svartalfheim, salah sebuah planet selain Asgard yang diduduki oleh Thor berserta tujuh planet yang lain.

Selepas melancarkan peperangan dengan Nine Realms dan dikalahkan oleh Asgard, kaum ini disangkakan telah pupus. Namun, Malekith sebenarnya telah menghibernasi keseluruhan planet selama beribu tahun sehinggalah dia bersedia untuk mengambil alih semula pemerintahan alam semesta.

Menerusi sekuel terbaru ini, penonton dapat melihat pengorbanan yang dilakukan oleh Thor (Chris Hemsworth) dalam peperangan menghapuskan Malekith dan sekaligus menemukannya semula dengan Jane Foster (Natalie Portman).

Thor berjuang untuk menyelamatkan kesemua Nine Realms dari musuh bermisteri yang lebih tua dari alam semesta sendiri. Suatu kaum yang tidak dikenali dan diketuai Malekith ingin membalas dendam dan menggelapkan alam semesta. Apabila berdepan dengan musuh yang tidak boleh ditewaskan Odin dan Asgard, Thor mesti bersatu semula dengan Jane Foster. Dia harus mengembara dalam satu misi berbahaya yang akan memaksanya membuat pengorbanan mutlak. 

October 30, 2013

In love with Jung Joon Young!

Sekarang ako in love with Jung Joon Young plak! ihihi..Sebabnya dia seorang rockers yg rocks! And dia jgk seorg pranksters yg memang akan buat ako geli hati n kelakar. Sekarang ni dia hot dekat Korean TV Shows We Got Married Season 4 dgn partner dia, Jung Yoo Mi. Mungkin disbbkn kekelakaran dia tuh. Yg suka mengusik Yoo Mi, tp ada seketika waktu Joon Young akan amek berat dkt wifenye, Yoo Mi. So sweet sgt this couple.

Sejak tgk We Got Married diorang, ako mula jatuh cinta dgn Joon Young ni. Search dkt YouTube video2 Joon Yong ni. Memang best suara dia. Sbb tu ako suka! hihi. Menepati taste ako, seorang rocker!yeah.

Sila layankan video clip Jung Joon Young di bawah dgn kehadiran special virtual wifenye, Jung Yoo Mi. The Sense Of Ending.






More info about Jung Joon Young