February 18, 2013

Mimpi menyusukan bayi


Copy paste untuk maklumat sahaja. Sebabnya ak pernah mimpi menyusu bayi and sejak kebelakangan ini asyik mimpi ngeri je. Hum, tp hati cuma merasakan ianya hanyalah mainan mimpi sahaja. Semoga Allah peliharaku dari gangguan2 yang tak diingini. Amin. Terpikir2 bende ni sbb dah tertengok dlm 'Wanita Hari Ini', slot xingat nama ustaz tu pun x ingat..huhu..bila ak dah x pikir, tetibe plak ousmate ku btny plak ade rase gangguan2 x selama kami duk rumah baru tu. Hum, terus lah bende ni bermain lg dlm fikiranku..Harap2 ianya hanya mainan mimpi. 

"Bermimpi bayi atau kanak2....selalunya mereka yang bermimpi kanak2 atau bayi ianya membawa maksud saka.  Bermimpi ternampak kanak2 atau bayi...bermaksud saka itu cuba mendekati...cuma jika mimpi menyusukan bayi itu suatu yang bahaya.  Kerana menurut Ustaz itu...ketika beliau mengubati orang yang mempunyai saka...10 dari mereka yang datang...8 darinya pernah didatangi kanak2 atau bayi di dalam mimpi."



petikan ini saya ambil dari satu laman blog ...dan saya ingin mengajar sekalian ummat manusia menyedari akan tafsiran mimpi mengenai kanak kanak mendatangi kita di dalam mimpi atau kita menyusukan kanak kanak itu.....ini adalah sesuatu perkara yang harus diambil ketahui...

melalui tazkirah yang saya perolehi pada pagi ini melalui slot tanyalah ustaz sesi bersama dengannya :
ustaz sharhan shapie...
seorang pengamal perubatan islam...

dengan tajuknya ILMU SIHIR/ILMU HITAM...

dia menceritakan mengenal jenis sihir dan cara mengenal sihir itu...

FAKTOR-FAKTOR GANGGUAN
A) Berpunca Daripada Jin
  • Jin yang jatuh cinta kepada manusia dan ingin bersahabat.
  • Jin yang sengaja ingin menzalimi manusia.
  • Dengki dan hasad kepada manusia yang diberi kelebihan oleh Allah.
  • Balas dendam kerana kematian keturunannya sama ada sengaja atau tidak sengaja seperti membunuh ular dan binatang jelmaan jin.
  • Benci kepada manusia yang taat dan yang mempelajari agama.
  • Jin juga mengamalkan sihir dan pakar tentang sihir.
B) Berpunca Daripada Manusia
  • Kecuaian manusia seperti menyiram air panas ke dalam lubang kecil, mangkuk tandas dan menganggu tempat kediaman mereka walaupun tidak sengaja.
  • Mencampakkan benda berat tanpa membaca bismillah.
  • Bersama isteri tanpa menyebut nama Allah.
  • Perempuan yang mendedahkan aurat dan suka berhias menyebabkan jin terpikat dan jatuh cinta.
  • Tidak beradab semasa berada di dalam hutan dan tempat-tempat sunyi.
  • Tukang sihir berkerjasama dengan jin dalam melaksanakan permintaan seseorang yang hasad dengki.
  • Sikap manusia yang takkabur dan mencabar.
  • Keadaan manusia yang tidak terkawal memudahkan jin merasuk: 

    1. Terlalu marah.
    2. Terlalu takut.
    3. Nafsu syahawat yang tinggi.
    4. Manusia yang lalai.
    5. Jahil

  • Mengamalkan sihir dan amalan-amalan yang salah seperti silat yang berkait dengan jin sehingga memakan diri.
  • Kesanggupan menerima jin (saka) menyebabkan anak-anak dan cucu menjadi mangsa.
TANDA-TANDA GANGGUAN
a) Tanda-Tanda Ketika Tidur:
  • Susah tidur malam kecuali setelah bersusah payah.
  • Mudah terjaga pada waktu malam dalam keadaan takut.
  • Mimpi melihat sesuatu yang menghimpitnya lalu ia meminta pertolongan tetapi tidak berdaya.
  • Mimpi buruk yang menakutkan.
  • Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, singa, tikus dan sebagainya.
  • Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
  • Bunyi gigi begetar/berlaga ketika tidur.
  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
  • Berdiri dan berjalan ketika tidur.
  • Bermimpi berada di tempat yang sunyi.
  • Bermimpi berada di kawasan kotor, tempat sampah dan kawasan perkuburan.
  • Mimpi melihat makhluk halus.
  • Mimpi melihat salib atau gereja.
  • Mimpi bertemu paderi atau berada di tempat ibadah mereka.
  • Mimpi melihat budak kecil. Berjaga-jaga kalau bermimpi menyusui budak kecil dan kita merasakan terlalu sayang kepadanya.
  • Mimpi benda tajam dan miang seperti pisau, paku, miang buluh dan sebagainya (tanda santau).
b) Tanda-tanda Ketiga Jaga:
  • Sering lalai daripada mengingati Allah s.w.t.
  • Hilang ingatan (Gila).
  • Hilang semangat apabila sampai ketempat kerja.
  • Lesu dan malas.
  • Sesak nafas apabila masuk waktu asar hingga ke malam.
  • Rasa sakit pada sebahagian anggota badan.
  • Sakit di bahagian belakang badan terutamanya tulang belakang.
  • Lenguh sendi-sendi.
  • Melihat sesuatu yang pelik.
  • Ketumbuhan yang sukar diubati (kanser).
  • Terasa seolah-olah memijak telur atau batu dibahagian tapak kaki.
  • Mudah panik bila berhadapan dengan masalah.
  • Jiwa lemah dan mudah mengalah.
  • Selalu mengantuk.
  • Sering pening dan perubatan moden tidak dapat mengesan penyakit tersebut
  • Mudah marah dan panas baran.
  • Hilang darah.
  • Agresif dan bertindak liar.

harus kita meneliti melalui ilmu al-quran....bukan dari sembarang ilmu...



SIHIR / PUKAU / SANTAU
(PERISAI KEBAL MENGHADAPI ILMU HITAM)
ANGKARA SIHIR DAN KESANNYA
Sihir adalah perbuatan yang berkaitan dengan jin yang menyebabkan perubahan secara mendadak tanpa diketahui sebabnya.
Sihir juga merupakan perantaraan di antara tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan haram dan syirik di samping menyerahkan segala ketaatan kepadanya demi memperolehi bantuan dan pertolongan yang dihajatkan.
Terdapat pelbagai jenis sihir yang terjadi dalam masyarakat kita, antaranya seperti berikut:
1. SIHIR PEMISAH
Takrif dan pengertiannya:
  • Memutuskan hubungan anak dan ibu.
  • Memutuskan hubungan anak dan ayah.
  • Memutuskan hubungan seseorang dengan saudaranya.
  • Memutuskan hubungan seseorang dengan kawannya.
  • Memutuskan hubungan antara dua rakan kongsi.
  • Memisahkan antara suami dan isterinya.
Tanda-tanda sihir pemisah:
  • Perubahan secara tiba-tiba dari sayang menjadi benci.
  • Berlaku keraguan melampau antara suami isteri.
  • Enggan memohon maaf.
  • Membesar-besarkan perselisihan yang kecil.
  • Suami melihat isterinya berwajah hodoh dan sebaliknya.
  • Benci kepada setiap perbuatan yang dilakukan oleh pasangan.
2. ILMU GUNA-GUNA
Sihir ini juga dikenali sebagai Ilmu Pengasih atau Pemikat.
Tanda-tanda:
  1. Asamara cinta yang keterlaluan.
  2. Berubah secara spontan dari benci kepada suka.
  3. Cenderung melakukan hubungan seksual.
  4. Sukar mengawal cinta.
  5. Rindu bayang yang berlebihan.
  6. Patuh secara membuta tuli tanpa dapat dikawal.
  7. Mimpi bersetubuh dengan orang yang menyihirnya.
  8. Menjadi tumpuan orang ramai walaupun tidak seberapa (kedai).
Sebab-sebab:
  • Timbulnya berbagai-bagai perselisihan antara suami isteri.
  • Mencuba dan ingin tahu.
  • Perasaan cemburu, cemas jika suaminya akan berkahwin lagi.
  • Melakukan aniaya terhadap wanita yang pernah menghampanya.
  • Melariskan peniagaan.
  • Mendapatkan pengikut.
Kesan-kesannya:
  • Adakalanya seorang suami akan menanggung sakit dalam jangka masa yang lama.
  • Adakalanya kesan daripada sihir itu tersasar atau tersalah tuju sehingga suami membenci isterinya. Ini akibat daripada sesetegah tukang sihir yang tidak mahir menggunakan sihir tersebut.
  • Adakalanya seorang isteri mengenakan sihir beberapa kali supaya suaminya hanya sayang kepadanya sehingga menyebabkan suami membenci ibu, saudara mara perempuan dan semua wanita yang ada hubungan kekeluargaan.
SIHIR YANG DIHALALKAN
Berhias dan mencantikkan diri di hadapan suami. Menjaga supaya suaminya tidak melihat sesuatu yang buruk darinya, tidak mencium bau yang tidak enak, selalu senyum manis, berkata baik, lembut, menjaga harta suami, menjaga anak-anak dengan kasih sayang, mentaatinya selagi tidak menyuruh perkara maksiat kepada Allah.

ada lagi selebihnya 7 jenis sihir...,
untuk lebih mengetahui lagi lawati :lanjutan mengenai sihir/pukau..

perbanyakkan membina pelindung diri..tetapi bukan melalui saka / jin ....hiasilah diri dengan alunan ayat suci al-quran...
kerana ape???

kerana masyarakat sekarang suka mengatakan sihir itu karut...dan apabila ia menyebut sebegitu..ia menempah neraka kerana dalam kitab al-quran allah menyebut sebanyak 60 kali mengenai sihir dan 82 kali allah menyebut jin...sihir dan jin bagi aur dengan tebing..mereka tidak dapat dipisahkan....

tanda haiwan itu adalah haiwan atau jin adalah :

1.jika ia ular...

.lihatla pada matanya ,apabila dia berkelip ..hah itu adalah jin,tp sekiranya dia tidak berkelip ,maka itulah makhluk allah bergelar ular....

.lihat pada tubuhnya...apabila ia jin sisik ular itu akan terbalik

.dan ia berwarna hitam maka , kamu halau la dia dengan kalimah yang pernah dilakukan iaitu dengan memperinagati jin itu dengan perjanjian yang pernah dibuat diantara jin dan nabi sulaiman a.s,

2.jika ia kucing...

.berwarna hitam...

.lihat pada matanya jika ia tidak berkelip..itu adalah jin..,jadi anda telah membela seekor jin maka halau lah ia dengan cara yang terbaik iatu dengan cara di atas atau mengazankan ...

semoga kita sentiasa mengharapkan yang terbaik oleh allah...,
kerana allah mengetahui apa yang terbaik buat hambanya....

walahu'alam...

Sumber lain boleh baca : darulruqiyyah