December 6, 2013

Anxiety Attack @ Panick Attack

Malam tadi aku diserang lagi denyutan jantung yg laju menyebabkan nafas ku rase pendek n x puas. dan dada terasa seperti berat..then hari ni ak ke klinik..doc kate ak ni terkena panick attack..humm..mungkin lah betol ckp doc tu sbb selama ni ak rase selalu takot n selalu berfikir bkn2 if duk rumah sensorg..mungkin juga tekanan perasaan ak yg terpaksa duk jauh ngn suami, dah masuk 3 thn duk jauh..huaaa...then ako gugel2 lah apa 'Panick Attack' ni..n spt biasa ku paste kn di bwh..hehe


Tanda-tanda anxiety attack

Apa itu Anxiety attack(Panic Attack)

Ia merupakan sebuah perasaan yang mana anda merasa risau memikirkan sesuatu yang akan terjadi terhadap diri sendiri dan juga mungkin kepada faktor lain juga.Apabila kerisauan semakin melampau ia akan menyebabkan ‘Anxiety Attack’ dan ada juga memanggilnya ‘Panic Attack’.Apabila serangan panik berlaku secara automatik jantung berdegup laju,kepala anda berasa pening, nafas semakin pendek dan rasa akan pengsan.

Pengenalan Anxiety@Panic Attack

Kebanyakan orang pada masa pertama kali terkena ‘Anxiety Attack’ tidak mengetahui itu adalah ‘Anxiety Attack’, sebaliknya mereka memikirkan yang mereka sedang diserang penyakit lain.Kebiasaannya mereka yang diserang Anxiety attack menganggap mereka sedang diserang sakit jantung kerana degup jantung menjadi semakin laju pada ketika itu.Kerana kurang pendedahan mengenai penyakit Anxiety attack, ianya menambah burukkan lagi keadaan kerana menambahkan lagi kerisauan yang sedang alami.

Antara simptom Anxiety Attack adalah:

  • Peningkatan degupan jantung.
  • Rasa menekan sekitar jantung.
  • Sakit bahagian dada.
  • Berpeluh pada anggota badan tertentu.
  • Merasa pijar kepanasan pada badan.(Kebiasaan pada belakang badan)
  • Merasa sukar bernafas(Pernafasan terasa pendek dan tidak puas)
  • Terasa pening dan terhuyung-hayang.
  • Merasa kebas pada anggota badan tertentu.
  • Merasa otot semaik lemah dan tak bermaya.
  • Merasa seolah tidak mampu untuk mengawal diri sendiri.
  • Merasa terawang-awang.(Mamai)
  • Merasa akan menjadi gila
  • Terasa loya dan sakit perut.
  • Rasa seolah-olah hendak membuang air besar/kecil.
  • Migrain.
  • Simptom Anxiety attack bukan setakat itu sahaja, anda mungkin akan mengalami rasa sakit-sakit badan, tekak atau mulut kering dan banyak lagi.

Penyebab Anxiety Attack

Anxiety Attack boleh berlaku pada sesiapa sahaja.Menurut kajian ianya mungkin disebabkan keturunan.Sekiranya ibu bapa pernah mengalami masalah ini, kemungkinan besar  anaknya juga mungkin boleh menghadapi Anxiety attack.

Antara sebab lain adalah disebabkan oleh tekanan perasaan yang sentiasa memikirkan sesuatu yang buruk akan berlaku terhadap diri sendiri.Selalunya merasa akan ditimpa penyakit berbahaya dan juga merasa akan mati.Ianya selalu terjadi kepada mereka yang memiliki personaliti sesorang yang sukar menerima sesuatu keadaan dan memerlukan sebab-sebab yang bagi mereka logik, dan barulah mereka boleh menerima keadaan itu.Disebabkan personaliti ini menyebabkan otak mereka sentiasa memikir dan tidak berhenti memikir dan ini menyebabkan Anxiety attack berlaku.

Perlu diketahui juga, anxiety attack boleh berulang-ulang.Selepas serangan pertama Anxiety attack berlaku, mereka akan mula hidup dalam ketakutan dan keresahan memikirkan keadaan yang menimpa diri mereka.Bagi mereka Anxtiety attack yang menyerang adalah suatu tanda penyakit yang berbahaya seperti tumor atau kanser tanpa mengetahui ianya hanyalah Anxiety attack sahaja.Disebabkan kerisaun ini menjadikan kerisauan yang baru pula terjadi dan menyebabkan serangan Anxiety attack sentiasa berulang-ulang.

Seseorang yang pernah diserang Anxiety attack juga kemungkinan akan mengalami Agrophobia iaitu ketakutan untuk keluar dari rumah.Mereka merasakan sekiranya mereka keluar dari rumah, mereka mungkin ditimpa kecelakaan seperti kemalangan jalan raya dan sebagainya.

Cara-cara mengurangkan kesan Anxiety Attack:

  • Bernafas secara perlahan dan teratur- Apabila kita mengalami Anxiety Attack, tanpa disedari penafasan kita tidak teratur dan tergesa-gesa.Tarik nafas dan lepaskan perlahan-lahan
  • Luahkan perasaan anda kepada orang yang boleh dipercayai.Dengan ini sekurang-kurangnya dapat meringankan rasa tekanan.
  • Minum air dengan secukupnya kerana semasa anda disrang Anxiety attack, anda telah berpeluh.Meminum air juga boleh memberi sedikit ketenangan.
  • Berzikir- Memang diketahui zikir dapat memberi ketenangan dan kekuatan.Selain itu juga berzikir juga dapat mengatur semula pernafasan kita.
More Info : Anxiety Disorder