October 2, 2013

Cara buat Sushi

Nyummm!! di tengah2 hari di opis ni takde keje + bosan ku gugel2 resipi sushi (oh mai, gugel2 picture sushi pon dah buat idung ku terbau2 je)..teringin sangat nk mkn sushi sbb lame x mkn..huaaa..di sebabkan bajet ku yg agak sedikit lari bulan ni sbb dah baya deposit rumah yg dibeli ngan renew rodtax kereta lagi nk sebis die lagi jd terpaksa mungurangkan belanja termasukla aktiviti bulananku makan sushi!huaaaa..beras jepun pon dah beli dah sbb suka sgt mkn nasi jepun tuh..hihi..arini terpikir plak mcm nk try buat sendri je..hee..jadi ni lah hasil gugelan ku..got 2 recipe yg mcm menarik utk di try..akn ku try nnt...(humm nanti tu tatau la bile rajin..hahah)



Bahan-bahan 1 ( ~ 24 ketul )
    200g beras Calrose ( kite guna beras biasa yg berkanji mcm pulut)
    500 ml air
    11/2 camb cuka
    3 camb gula kastor (boleh kurangkan ikut citarasa)
    1 camt garam + 2 camb air
    Bahan A
    Sedikit nori (rumpai laut yg warna hijau anak2 suka)
    Sedikit timun Jepun - hiris nipis memanjang
    Sedikit ketam dingin beku ( Filamen berperisa ketam) - hiris nipis
    2 keping telur dadar ( dari 3 biji telur - pukul rata dan goreng membentuk dadar))

Cara-cara

    1. Basuh dan masakkan beras bersama air hingga masak.
    2. Dalam bekas campurkan - cuka,gula garam bersama air, ketepikan
    3. Ratakan nasi di dalam mangkuk kaca biar suam sikit.
    4. Renjis campuran cuka pada nasi dan kacau rata.
    5. Ambil sedikit nasi yg agak sejuk, ratakan di atas nori.Bubuh hirisan timun, hirisan ketam dan   
        telur dadar.
    6. Gulung kemas membentuk sushi dan potong kecil ikut saiz disukai dan hidangkan...Selamat
        mencuba.


Bahan-bahan 2
    185g beras.
    430ml air
    1 camca besar cuka
    1 camca teh gula
    garam secukupnya
    1 camca teh mayonis
    1/2 biji timun jepun - dibelah memanjang
    2 biji telur - dibuat dadar
    2-3 batang filamen crabstik - dibelah 2 memanjang
    4 keping nori ( bhn drp rumpai laut)

Cara-cara

    1. Bersihkan beras kemudian tuskan.
    2. Jerang dengan air, cuka, gula dan garam.
    3. Bila kering airnya, tutup sebentar.
    4. Gaul nasi suam dengan mayonis dan biar sejuk.
    5. RAtakan sedikit nasi di atas nori
    6. Susun timun dan telur dan gulung kemas.
    7. Buat pula dengan diisi telur dan filamen ketam. Ulang hingga habis.
    8. Akhir sekali potong dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment