November 1, 2013

Thor : The Dark World 2013

Hoyeah! Baru lepas tgk Thor semalam. Memang best lah. I'll give 9 out of 10. Seriously best. Tak rugi anda pegi tgk di wayang. Penuh dgn aksi gadoh2 and sedikit part yg kelaka2 especially bila Loki melawak dengan abangya Thor itu..haha.I loike.



THOR - THE DARK WORLD
PENGARAH: Alan Taylor 
MULA TAYANGAN: 31 Oktober 2013 
PELAKON: Chris Hemswoth dan Natalie Portman, Tom Hiddleston, Stellan Skarsgard, Idris Elba, Christopher Eccleston dan ramai lagi.


SINOPSIS THOR - THE DARK WORLD
Konflik filem ini bermula apabila munculnya sekumpulan kaum diketuai oleh Malekith yang tinggal di Svartalfheim, salah sebuah planet selain Asgard yang diduduki oleh Thor berserta tujuh planet yang lain.

Selepas melancarkan peperangan dengan Nine Realms dan dikalahkan oleh Asgard, kaum ini disangkakan telah pupus. Namun, Malekith sebenarnya telah menghibernasi keseluruhan planet selama beribu tahun sehinggalah dia bersedia untuk mengambil alih semula pemerintahan alam semesta.

Menerusi sekuel terbaru ini, penonton dapat melihat pengorbanan yang dilakukan oleh Thor (Chris Hemsworth) dalam peperangan menghapuskan Malekith dan sekaligus menemukannya semula dengan Jane Foster (Natalie Portman).

Thor berjuang untuk menyelamatkan kesemua Nine Realms dari musuh bermisteri yang lebih tua dari alam semesta sendiri. Suatu kaum yang tidak dikenali dan diketuai Malekith ingin membalas dendam dan menggelapkan alam semesta. Apabila berdepan dengan musuh yang tidak boleh ditewaskan Odin dan Asgard, Thor mesti bersatu semula dengan Jane Foster. Dia harus mengembara dalam satu misi berbahaya yang akan memaksanya membuat pengorbanan mutlak. 

No comments:

Post a Comment